Selepas berlalunya program hitea reunion seminggu sebelum ramadhan tahun 2008, kami berlima berkesempatan untuk berbuka bersama di Hotel Residence UNITEN...kambing golek. Dalam Gambar, Jol (Zulazly), Din (Hishamuddin Daud), Salmah Sathiman, penulis dan Rizal Abdul Rahman.
Majlis Hitea reunion 88/89 diadakan pada 23/03/2008 di dewan Puri Pujangga UKM, reunion ini diadakan secara bersama dengan bekas pelajar sesi akademik 87/88 yang merupakan senior bagi bekas pelajar 88/89 sewaktu zaman persekolahan.
Blog ini dibangunkan buat rakan-rakan Sekolah Menengah Teknik Melaka sesi akademik 1988/1989 untuk bertemu dan bertanya khabar serta mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan dan juga program-program terkini bekas pelajar sesi 1988/89.